Pengumuman:

Terima kasih kerana sudi jenguk blog Kyrul ini. Sempena tahun baru ini, Kyrul ingin mencari sesiapa yang sudi joint-venture untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan Kyrul yang baru dan yang lama. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan mesej anda di Facebook. Klik sahaja fan box dibawah. Tidak sabar Kyrul untuk berkerjasama dengan anda. TQ

Kyrul - Warkah Hatinya (Lagu Baru 2012)

>> Wednesday, January 18, 2012

Sudah lama benar Kyrul tak muat-naik lagu baru, bukan sebab tiada lagu baru cuma banyak sangat lagu yang tidak sempat Kyrul siapkan. Sori ek. So lagu ini dicipta semalam, entah macam mana Kyrul mampu siapkan lagu ini dalam masa 3 jam sahaja. Cepat bukan? Sebenarnya melodi siap cuma 1 jam dan selebihnya 2 jam diambil untuk siapkan liriknya. Namun jika lagi ini akan dikeluarkan untuk versi studio, Kyrul rasa akan ada perubahan kecil pada lirik ini.

Lagu ini berkisahkan seorang lelaki mula menyedari bahawa teman wanitanya selama ini kecewa dengannya sehinggakan bertindak meninggalkan lelaki tersebut. Namun bekas teman wanitanya itu, meninggalkannya sekeping warkah yang menerangkan isi hatinya yang terpendam lama. Setelah membaca warkah tersebut, baru lelaki tersebut sedar bahawa selama ini teman wanitanya tidak bahagia. Namun semuanya sudah terlambat untuk berubah kerana teman wanitanya sudah pergi meninggalkannya.

Macam drama tak? haha.. Diharap anda suka dengan lagu ini. Maaflah jika kualiti video ini tidak mencapai kepuasan anda. Saya akan cuba hasilkan video yang lebih berkualiti di lain kali. TQ sebab sudi dengar lagu ciptaan Kyrul. Salam.





Lirik:

kuterima warkah darimu
Telah kubaca dan kumengerti
Apa terbuku di hati itu
Selama ini.

Maafkan diriku kasih
Tidak kusedari kumenyakiti
Sehinggakanmu sudah tak mampu
Bertahan lagi..

Andai aku sedari
takku ulangi menyakitimu

Kau pergi tanpa kusedar
Hanya sekeping warkah kau tinggal
Sebagai tanda luahan rasa
kepadaku

Maafkan diriku ini
Membuatkanmu memendam hati
kekecewaan yang kau rasai
tika bersama..

Andai kau bersuara
Pasti kusedar kesilapanku

Selama ini baru kutahu
ku tak mengerti akan dirimu
Maafkan aku kernaku tak mampu
membahgiakanmu seperti janjiku
kepadamu dulu..

[solo]

Selama ini baru kutahu
ku tak mengerti akan dirimu
Maafkan aku kernaku tak mampu
membahgiakanmu seperti janjiku
kepadamu dulu..

Maafkanlah aku kernaku tak mampu
membahgiakanmu seperti janjiku

-akhir-
kuterima warkah darimu
telah kubaca dan kumengerti
kekecewaan yang kau rasai
selama ini. oh


Nak MP3 lagu ini? Klik saja sini.



0 comments:

Info Blog

Blog ini merupakan blog rasmi Kyrul atau dikenali dulu sebagai Kruleznickzam di mana setiap lagu baru, aktiviti, luahan, perkongsian maklumat akan di pamerkan di sini. Kekerapan post adalah mengikut masa terluang penulis. Sila promosikan blog ini kepada rakan-rakan anda, agar mereka juga boleh mendengar lagu ciptaan penulis.



Ingin mendapat informasi terbaru tentang penulis? Sila add penulis di Facebook. TQ

Kyrul's Fan Box

  © KrulezNickzam 2008-2012.
Dilarang mengunakan lagu-lagu ciptaan Kyrul (atau dulu dikenali dengan nama Kruleznickzam) secara komersial tanpa keizinan pemilik.

Back to TOP