Pengumuman:

Terima kasih kerana sudi jenguk blog Kyrul ini. Sempena tahun baru ini, Kyrul ingin mencari sesiapa yang sudi joint-venture untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan Kyrul yang baru dan yang lama. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan mesej anda di Facebook. Klik sahaja fan box dibawah. Tidak sabar Kyrul untuk berkerjasama dengan anda. TQ

Sila Undi Lagu Kyrul Di OhMediaFM

>> Monday, November 7, 2011

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha.

Lagu Kyrul telah tercalon dalam carta OH LAGU KITA anjuran stesen radio online OHMEDIA FM. Lagu yang tercalon adalah Ingin Kau Tahu, Pencarianku, Hitam Warna Cintaku dan Sampai Maut Menjemputku. Kalau korang nak dengar lagu-lagu tersebut, bleh dengar kat bawah entri ini.


Seandainya korang suke lagu-lagu ciptaan Kyrul, sila berikan undian anda kepada Kyrul. Diharap lagu Kyrul dapat masuk carta "OH LAGU KITA". Klik SINI untuk mengundi.

Kyrul ingin mengucapkan terima kasih bagi sesiapa ynag membuat undian. Dan terima kasih kerana sudi mendengar lagu-lagu ciptaan Kyrul.

==
1) Ingin Kau Tahu


2) Pencarianku


3) Hitam Warna Cintaku


4) Sampai maut Menjemputku


===
Lagu baru akan dimuat-naik pada minggu ini. Sila nantikannya.



Read more...

Kyrul - Hitam Warna Cintaku

>> Saturday, October 15, 2011

Hari ini Kyrul dapat siapkan lagu baru. Untuk pengetahuan korang sebenarnya lirik lagu ini merupakan lirik yang Kyrul hantar dalam pertandingan AF9 beberapa bulan lepas. Namun tidak berjaya. Mungkin bukan rezeki Kyrul. So dari lirik ini terbiar sahaja, Kyrul mencipta melodi bagi lirik ini. Mmg susah sikit sbb slalunya Kyrul mencipta melodi dulu baru lirik. Tpi kali ini, lirik dahulu baru melodi. Banyak jugak perubahan terpaksa dilakukan pada lirik tersebut bagi menyesuaikan lirik dengan melodi walaubagaimanapun maksud asal lirik tersebut tidak diubah.



Lagu: Hitam warna Cintaku
Melodi/Lirik: Kyrul

Mentari bagaikan enggan tersenyum
Melihat aku yang kelukaan
seperti dimamah awan kemendungan
tertinggal sendirian

Mengapa harusnya ini terjadi?
sedangkan ku ikhlas menyintai
Mungkinkah ku tak sesempurna?
jika dibanding dengannya

korus-
sesungguhnya hitam warna cintaku ini
sesejuk sedingin salju yang membeku hati
hanya dihangati kenangan yang lalu
kenangan kau dan aku..

[solo]

korus - 2x

Biarlah ku terus bersendirian
memendam rasa kehampaan
mungkinkah waktu kan mampu menyembuh
dan hitam pun berlalu..

oh..wo u ho..


Nak Mp3? Download jer SINI



Read more...

Kyrul - Bermohon Keampunan (Lagu Raya)

>> Sunday, August 21, 2011

Lama agak Kyrul duk diam jer.. sorry jer kawan2.. Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya tahun ini, Kyrul nak kongsikan lagu raya ciptaan Kyrul sendiri bertajuk "Bermohon Keampunan".. Enjoy!


Lirik:
terdengar laungan takbir nan indah
terkedu isi dadaku kepasrahan
airmata berguguran berlutut memohon keampunan
sesama insan

tangan dihulur maaf dipinta
dengan satu ucapan
Selamat Hari Raya
penuh keikhlasan nada kesayuan
bermohon keampunan..

P/s: ringkas jerkan liriknya.. arap2 cukup tuk menghiburkan korang.. ;)
P/s II : Selamat Berpuasa bagi semua.. 



Read more...

Kyrul - Pencarianku (Original)

>> Thursday, April 21, 2011

Lagu terbaru dari Kyrul.. Penantianku berkisahkan insan yang pernah kecewa sehingga takut untuk bercinta lagi. Sehinggalah hadirnya seseorang yang mula mengetuk hatinya. Namun kekecewaan lalu menyebabkan insan tersebut sangsi tertapi masih berharap. Dengarkan...


Lirik:

kau mengetuk pintu 
hatiku yang lama terkunci
mungkinkah kau yang aku cari..

stelah kian lamanya
hidup tanpa cinta..
mungkinkah akhirnya kurasakannya..

buktikanlah kaulah yang kucari..
agar hati tidak lagi sangsi..
jika benar kaulah pencarianku
pasti cahya menyinari hidupku
kerna kutemu sebahgian diriku yang lama pergi..

Dan hanya kupinta kepadamu
jangan sekali kau menyakiti
hati ku yang lemah dan rapuh ini
janganlah sekali..

Dan hanya kupinta kejujuranmu
jangan berdalih usah menipu
kerna hatiku takkan mampu
untuk hadapi..



Read more...

Nama Pena Baru..

>> Wednesday, April 20, 2011

Selama ini krulez selalu mendapat komen mengenai nama yang krulez pakai susah sgt nak ingat.. Susah sgt ker?? hehe.. Xpalah.. Sebagai tanda Krulez mendengar komen2 rakan-rakan so mulai arini.. Nama "KrulezNickzam" akan digugurkan dan nama baru akan digunakan iaitu.. "KYRUL" atau sebutannya Khairul. So mulai post atau karya akan datang, krulez akan menggunakan nama Kyrul.. 


Selamat tinggal KrulezNickzam...Selamat Datang Kyrul..



Read more...

Konsert Rock Kapak

>> Monday, March 28, 2011

Bagi peminat rock kapak.. Wajib bagi anda tuk join konsert Fenomena Rock nie.. 

Mengapa?? 

Sbbnya kehadiran empat bands lama di dalam konsert ini pasti hebat disamping bands terkini..

Nama bands seperti Febiens, SYJ, Desire dan Junction pasti mampu menarik ramai peminat rock kapak tuk join konsert ini..seperti krulez.. hehe


Jumpa anda disana.. Yeah! Yeah!



Read more...

Info Blog

Blog ini merupakan blog rasmi Kyrul atau dikenali dulu sebagai Kruleznickzam di mana setiap lagu baru, aktiviti, luahan, perkongsian maklumat akan di pamerkan di sini. Kekerapan post adalah mengikut masa terluang penulis. Sila promosikan blog ini kepada rakan-rakan anda, agar mereka juga boleh mendengar lagu ciptaan penulis.



Ingin mendapat informasi terbaru tentang penulis? Sila add penulis di Facebook. TQ

Kyrul's Fan Box

  © KrulezNickzam 2008-2012.
Dilarang mengunakan lagu-lagu ciptaan Kyrul (atau dulu dikenali dengan nama Kruleznickzam) secara komersial tanpa keizinan pemilik.

Back to TOP