Pengumuman:

Terima kasih kerana sudi jenguk blog Kyrul ini. Sempena tahun baru ini, Kyrul ingin mencari sesiapa yang sudi joint-venture untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan Kyrul yang baru dan yang lama. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan mesej anda di Facebook. Klik sahaja fan box dibawah. Tidak sabar Kyrul untuk berkerjasama dengan anda. TQ

Nantikan 3 Lagu Baru Kyrul.

>> Tuesday, April 10, 2012

Assalamualaikum.. lama sungguh Kyrul tak update blog ini. Rasanya setiap kali entri baru, kyrul akan mengeluh perkara yang sama. Hehe. Maafkan Kyrul yer. Tapi rasanya bukan ramai pun yang datang baca blog ini. Tpi takpa lah, blog ini akan terus hidup selagi Kyrul hidup sebab disinilah Kyrul kongsikan karya-karya Kyrul yang tidak seberapa ini.

Untuk pengetahuan kengkawan semua, Kyrul sudah siapkan 3 lagu baru. Tinggal untuk dirakam dan dimuat-naik ke Youtube dan Facebook sahaja. Tiga lagu tersebut adalah Diulang Tahunmu, Gadisku (aka Kupu-Kupu Malam 2) dan Apa lagi.

Lagu Diulang Tahunmu merupakan lagu peribadi Kyrul, dicipta khas untuk insan tersayang sempena hari jadinya. Kyrul pada mulanya agak keberatan sedikit kerana lagu ini agak peribadi sangat-sangat. Namun Kyrul fikir mungkin lagu ini lebih bermakna jika kengkawan mendengarnya.

Gadisku pula merupakan lagu berkisahkan pendirian seorang lelaki yang berkasih dengan gadis yang mempunyai kisah silam yang gelap dan gadis tersebut kerap menjadi cemuhan orang ramai. Lagu ini Kyrul ciptakan selepas lagu "Kupu-Kupu Malam" mendapat sambutan dari kengkawan. Antara bait lirik lagu ini,

Gadisku..
hanya kau saja dihatiku..
biar jutaan suara mencela
diriku kerana menyintai kamu..
persetanlah semuanya!


Oh Gadisku
kesatkanlah airmatamu
usah diperdulikan dunia
yang hanya pandai menghukumi dirimu
perdulikanlah mereka!

Lagu ketiga adalah lagu "Apa Lagi", lagu ini agak rancak dan menarik. Lagu lama Kyrul cipta tpi tak pernah siap. Alhamdulillah, Kyrul berkesempatan untuk siapkan lagu ini. Tidak banyak lagu rancak yang Kyrul cipta, jadi sila berikan sokongan kepada lagu ini. : )

Pada tahun ini juga, Kyrul akan menyanyikan semula lagu-lagu lama yang ada di Youtube seperti Tekad, Ingin Kau Tahu, Maafkanku, Sampai maut Menjemputku dan byk lagi dengan ubahsuai melodi atau lirik bagi tampak segar dan menarik. Hope kengkawan dapat berikan sokongan. Amin.

Oklah.. Diatas merupakan rancangan dan azam Kyrul untuk tahun ini, walaupun dah masuk bulan 4 tapi biar lambat dari tidak berazam langsung. Betul tak? Jumpa lagi nanti. Cau!



Read more...

Info Blog

Blog ini merupakan blog rasmi Kyrul atau dikenali dulu sebagai Kruleznickzam di mana setiap lagu baru, aktiviti, luahan, perkongsian maklumat akan di pamerkan di sini. Kekerapan post adalah mengikut masa terluang penulis. Sila promosikan blog ini kepada rakan-rakan anda, agar mereka juga boleh mendengar lagu ciptaan penulis.



Ingin mendapat informasi terbaru tentang penulis? Sila add penulis di Facebook. TQ

Kyrul's Fan Box

  © KrulezNickzam 2008-2012.
Dilarang mengunakan lagu-lagu ciptaan Kyrul (atau dulu dikenali dengan nama Kruleznickzam) secara komersial tanpa keizinan pemilik.

Back to TOP