Pengumuman:

Terima kasih kerana sudi jenguk blog Kyrul ini. Sempena tahun baru ini, Kyrul ingin mencari sesiapa yang sudi joint-venture untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan Kyrul yang baru dan yang lama. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan mesej anda di Facebook. Klik sahaja fan box dibawah. Tidak sabar Kyrul untuk berkerjasama dengan anda. TQ

Kyrul - Hitam Warna Cintaku

>> Saturday, October 15, 2011

Hari ini Kyrul dapat siapkan lagu baru. Untuk pengetahuan korang sebenarnya lirik lagu ini merupakan lirik yang Kyrul hantar dalam pertandingan AF9 beberapa bulan lepas. Namun tidak berjaya. Mungkin bukan rezeki Kyrul. So dari lirik ini terbiar sahaja, Kyrul mencipta melodi bagi lirik ini. Mmg susah sikit sbb slalunya Kyrul mencipta melodi dulu baru lirik. Tpi kali ini, lirik dahulu baru melodi. Banyak jugak perubahan terpaksa dilakukan pada lirik tersebut bagi menyesuaikan lirik dengan melodi walaubagaimanapun maksud asal lirik tersebut tidak diubah.



Lagu: Hitam warna Cintaku
Melodi/Lirik: Kyrul

Mentari bagaikan enggan tersenyum
Melihat aku yang kelukaan
seperti dimamah awan kemendungan
tertinggal sendirian

Mengapa harusnya ini terjadi?
sedangkan ku ikhlas menyintai
Mungkinkah ku tak sesempurna?
jika dibanding dengannya

korus-
sesungguhnya hitam warna cintaku ini
sesejuk sedingin salju yang membeku hati
hanya dihangati kenangan yang lalu
kenangan kau dan aku..

[solo]

korus - 2x

Biarlah ku terus bersendirian
memendam rasa kehampaan
mungkinkah waktu kan mampu menyembuh
dan hitam pun berlalu..

oh..wo u ho..


Nak Mp3? Download jer SINI



Read more...

Info Blog

Blog ini merupakan blog rasmi Kyrul atau dikenali dulu sebagai Kruleznickzam di mana setiap lagu baru, aktiviti, luahan, perkongsian maklumat akan di pamerkan di sini. Kekerapan post adalah mengikut masa terluang penulis. Sila promosikan blog ini kepada rakan-rakan anda, agar mereka juga boleh mendengar lagu ciptaan penulis.



Ingin mendapat informasi terbaru tentang penulis? Sila add penulis di Facebook. TQ

Kyrul's Fan Box

  © KrulezNickzam 2008-2012.
Dilarang mengunakan lagu-lagu ciptaan Kyrul (atau dulu dikenali dengan nama Kruleznickzam) secara komersial tanpa keizinan pemilik.

Back to TOP