Pengumuman:

Terima kasih kerana sudi jenguk blog Kyrul ini. Sempena tahun baru ini, Kyrul ingin mencari sesiapa yang sudi joint-venture untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan Kyrul yang baru dan yang lama. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan mesej anda di Facebook. Klik sahaja fan box dibawah. Tidak sabar Kyrul untuk berkerjasama dengan anda. TQ

Selamat Tinggal (Raw Version)

>> Monday, December 21, 2009

Lagu ini dicipta khas untuk kawan-kawan krulez yang telah pergi menemui Tuhan yang Maha Esa. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang bertaqwa. Amin





Lirik:

Selamat Tinggal Teman
Semoga Kau Aman Disana
Selamat Tinggal Kawan
kehilanganmu Amat Dirasa

Walau Hanya Seketika
Terasa Bagai Telah Lama
Mengenalimu Sahabatku

Kupohon Tuhanku Tempatkannya
Dikalangan Insan Yang Kau Sayang
Kupohon Tuhanku Semoga
Ku Tak Pernahkan Lupa
Persahabatan Ini

Selamat Tinggal Teman
selamat Tingal Kawan
Semoga Kau Tenang Disana

Selamat Tinggal Kawan
Selamat Tinggal Teman
Kehilanganmu Amat Kurasai..



P/s: Lagu ini antara lagu yang Krulez suka.. :) Salam.



Read more...

Anugerah Juara Lagu 2009

>> Sunday, December 20, 2009



Mungkin agak terlewat tuk saya berceloteh pasal Anugerah Juara Lagu 2009 (AJL09) yang akan berlangsung pada 10 Jan 2010 nanti. Tapi xkesah la.. :D

Dari 30 lagu yang dipertandingkan pada separuh akhir hanya 14 lagu telah berjaya melangkah kaki ke pertandingan akhir. Yang amat membanggakan adalah 4 lagu yang berjaya itu adalah hasil dari band/artis indie tempatan. Tahniah buat Hujan, Yuna, Estranged dan Bunkface. Mereka telah membuktikan lagu-lagu mereka juga berkualiti untuk memenangi AJL09 kali ini seperti yang telah dilakukan oleh dua band indie terdahulu, Estranged dan Meet Uncle Hussein.

Pastinya mata media tertumpu pada Yuna dalam AJL09 kali. Saya menjangka Yuna akan memenangi MM09 walaupon ditentang oleh artis mainstream seperti Fizal Tahir (Bencinta), Aizat (Pergi, KauAku) dan Misya Omar (Cinta Adam dan Hawa).

Berikut senarai lagu yang akan dipertandingkan di AJL09:

01. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)

02. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)

03. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)

04. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)

05. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)

06. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)

07. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)

08. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)

09. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)

10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)

11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)

12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)

13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)

14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)

Salam.



Read more...

Sampai Maut Menjemputku (Raw Version)

>> Friday, December 18, 2009

Lagu ini mengabungkan melodi berteraskan Indonesia Pop dan sedikit Rock Kapak.. Manakala liriknya 100% mengikut gaya lirik lagu2 Indonesia.. Sebab itu tajuk lagu ini agak pelik.. Hehehe.. Lirik lagu ini bertemakan pujukkan seorang kepada kekasihnya serta memberi keyakinan terhadap cintanya. Jiwang sungguh lagu nie.. hehe




Lirik
Yakinilah..ku kan hadir
Menjemputmu
Usahlah lagi bersedih hati
Kernaku

Yakinilah..kumilikmu..
Selamanya...
Usah diragui walau segumit
Cintaku

Usah didengari kataan dusta
Yang menduga cinta kita
Usah benarkan mereka berjaya..

[korus]
Biar bintang pudar cahaya
Biar bulan hilang serinya
Hanya cahyamu yang kuperlu

Cinta kutak pernah berkurang
Cinta kutak kan berubah
Sampai maut menjemputku



Read more...

Azura (Raw Version)

Lagu nie dicipta semasa cuti sem time matrik UIA beberapa tahun lepas dan merupakan lagu pertama yang aku record dan dishare.. Tajuk Azura diperolehi sempena nama kawan online kat Multiply dulu.. Time tu melodi lagu nie mmg dah ada, cuma tak dapat fikirkan lirik aper yang patut digubah.. dan ilham itu tiba datang semasa berborak2 ngan member lama aku tu.. So, aku ambik jer nama die sebagai tajuk lagu.. Anyway, lagu nie berkisahkan cinta seorng lelaki terhadap gadis bernama Azura.. Tema yang simple jer.. Arap2 korang suke.. :)





Lirik:

Tak mampu lagi untuk
ku terusan begini
perasaan yg tak bisa mampu kusembunyi
Seharusnya kau menyedari hatiku ini
betapa ku menyintai dirimu..

oh kasih..
kuingin slalu disisi
menemani harimu...
suka dan duka tetap kan bersama
kukan slalu menyintai
sepenuhnya hatiku...
sanggup berkorban demi cintamu

[korus]
tak usah kau ragui lagi
cintaku yang suci
kan kekal abadi..
ku tak ingin walau sedetik pun
masa kan berlalu
tanpamu kurindu..

azura..



p/s: Bunyi yang macam helicopter tu sebenarnya bunyi kipas bilik aku yang rosak dulu.. hehe.. mcm lagu dalam filem perang plak.. haha..



Read more...

Rock The World 9

Date : 26/12/2009
Venue : Studium Bukit Jalil ( Car Park A)
Time : 12 p.m

Akhirnya tarikh sebenar telah ditetapkan. Sudah 8 tahun konsert ini telah dijalankan, sememangnya merupakan satu medium kepada artis local terutama artis indie kita untuk mempertengahkan bakat musik diorang disamping mencari pendengar baru. Antara nama-nama besar yang mengambil bahagian adalah Azlan (ex-MUH) & the typewriter, Kugiran Tepi Pantai, Bunkface, Love Me Butch dan ramai lagi. Dijangka sebanyak 60 bands akan beraksi didalam konsert ini. Pastinya akan meriah.




So jika korang tak wat pape pada 26hb nanti. Jom pakat pergi tengok konsert RTW9. Jumpa korang disana. Salam



Read more...

Radio Rosak Grand Finale


Date : 26/12/2009
Venue : Stadium Negara
Time : 12 p.m to 12 am

Event ni clash dengan Rock The World 9 tapi aku berminat nak pi jenguk RRGF nie sebb da otai rock Malaysia, Search, Wings dan fav aku, FTG. Susah beb nak dapat tgk konsert sebesar nie skarang.. Diharap byk lagi konsert besar seperti ini akan diadakan.




Tempahan Tiket: di talian 03-77251177 dan 03-7725 1156 atau layari www.ticket2u.biz untuk maklumat lanjut)



Read more...

Selamat Datang

>> Thursday, December 17, 2009


Hari ini blog rasmi Kruleznickzam terbaru telah dilancarkan mengantikan blog lama iaitu krulez-mylifez.blogspot.com. Segala informasi akan dipamerkan disini. So jika anda ingin mendengar dan memuat-turun lagu terbaru dari saya, anda boleh memuat-turunnya disini. Diharap anda dapat menyokong blog ini sepertimana anda menyokong blog yang terdahulu. Salam.



Read more...

Info Blog

Blog ini merupakan blog rasmi Kyrul atau dikenali dulu sebagai Kruleznickzam di mana setiap lagu baru, aktiviti, luahan, perkongsian maklumat akan di pamerkan di sini. Kekerapan post adalah mengikut masa terluang penulis. Sila promosikan blog ini kepada rakan-rakan anda, agar mereka juga boleh mendengar lagu ciptaan penulis.



Ingin mendapat informasi terbaru tentang penulis? Sila add penulis di Facebook. TQ

Kyrul's Fan Box

  © KrulezNickzam 2008-2012.
Dilarang mengunakan lagu-lagu ciptaan Kyrul (atau dulu dikenali dengan nama Kruleznickzam) secara komersial tanpa keizinan pemilik.

Back to TOP