Pengumuman:

Terima kasih kerana sudi jenguk blog Kyrul ini. Sempena tahun baru ini, Kyrul ingin mencari sesiapa yang sudi joint-venture untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan Kyrul yang baru dan yang lama. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan mesej anda di Facebook. Klik sahaja fan box dibawah. Tidak sabar Kyrul untuk berkerjasama dengan anda. TQ

Anugerah Juara Lagu 2009

>> Sunday, December 20, 2009



Mungkin agak terlewat tuk saya berceloteh pasal Anugerah Juara Lagu 2009 (AJL09) yang akan berlangsung pada 10 Jan 2010 nanti. Tapi xkesah la.. :D

Dari 30 lagu yang dipertandingkan pada separuh akhir hanya 14 lagu telah berjaya melangkah kaki ke pertandingan akhir. Yang amat membanggakan adalah 4 lagu yang berjaya itu adalah hasil dari band/artis indie tempatan. Tahniah buat Hujan, Yuna, Estranged dan Bunkface. Mereka telah membuktikan lagu-lagu mereka juga berkualiti untuk memenangi AJL09 kali ini seperti yang telah dilakukan oleh dua band indie terdahulu, Estranged dan Meet Uncle Hussein.

Pastinya mata media tertumpu pada Yuna dalam AJL09 kali. Saya menjangka Yuna akan memenangi MM09 walaupon ditentang oleh artis mainstream seperti Fizal Tahir (Bencinta), Aizat (Pergi, KauAku) dan Misya Omar (Cinta Adam dan Hawa).

Berikut senarai lagu yang akan dipertandingkan di AJL09:

01. Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)

02. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan)

03. Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)

04. Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)

05. Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)

06. Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)

07. Rindu Terhenti – Tomok (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta)

08. Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)

09. Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)

10. Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)

11. Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)

12. Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)

13. Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)

14. Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)

Salam.



0 comments:

Info Blog

Blog ini merupakan blog rasmi Kyrul atau dikenali dulu sebagai Kruleznickzam di mana setiap lagu baru, aktiviti, luahan, perkongsian maklumat akan di pamerkan di sini. Kekerapan post adalah mengikut masa terluang penulis. Sila promosikan blog ini kepada rakan-rakan anda, agar mereka juga boleh mendengar lagu ciptaan penulis.



Ingin mendapat informasi terbaru tentang penulis? Sila add penulis di Facebook. TQ

Kyrul's Fan Box

  © KrulezNickzam 2008-2012.
Dilarang mengunakan lagu-lagu ciptaan Kyrul (atau dulu dikenali dengan nama Kruleznickzam) secara komersial tanpa keizinan pemilik.

Back to TOP