Pengumuman:

Terima kasih kerana sudi jenguk blog Kyrul ini. Sempena tahun baru ini, Kyrul ingin mencari sesiapa yang sudi joint-venture untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan Kyrul yang baru dan yang lama. Sesiapa yang berminat boleh tinggalkan mesej anda di Facebook. Klik sahaja fan box dibawah. Tidak sabar Kyrul untuk berkerjasama dengan anda. TQ

Tak Tersentuh Waktu

>> Tuesday, March 30, 2010

Lagu ini merupakan ciptaan krulez semasa memasuki satu pertandingan (xberjaya pun..huhu) ajuran satu forum tempatan. Krulez amat kurang berpuashati dengan video yg terhasil semasa penyertaan itu, sbb dilakukan secara tergesa-gesa. Banyak kesalahan pada video itu.

So wat masa ini, krulez sertakan hanya liriknya sahaja. Insyaallah, krulez menambah video kelak. 

Enjoy!

Lirik:

Andai kau dengar lagu ini
mungkin ku sudah tiada lagi
maafkanku tak mampuku disisi..kamu

usahlah ditangisi lagi
ketahuilah kau yang kukasih
stiap waktuku bersamamu kubahgia..sesunguhnya

jadi jangan ditangisi pemergian ini
tak mampuku melihatkanmu terusan bersedih
ingatilah cinta ini jika kau bergitu
ketahuilah aku sentiasa ada dihatimu

cintaku padamu
abadi kupasti
cintaku padamu
tak tersentuh akan waktu..



Read more...

Pencarian Bermula

>> Saturday, March 27, 2010

Beberapa tahun lepas, krulez da berbincang dgn beberapa org untuk menubuhkan band indie. Namun pada masa itu, krulez belom bersedia malah perbagai masalah peribadi dan keluarga menghalang krulez untuk memberi 100% perhatian kepada band tersebut. Akhirnya krulez menarik diri. Sedeh.

Namun sekarang rasanya masanya telah tiba untuk krulez mencari member-member yang seminat dengan krulez. Sesiapa yang berminat tidak kira sama ada amatur mahupun berpengalaman boleh join. Krulez sendiri tidaklah mahir. Namun kita boleh belajar sesama sendiri.

Krulez perlukan:
Vox:
Lead Guitar:
Drummer:
Bassist:

p/s: sila dgrkan lagu-lagu ciptaan Krulez untuk mendapat idea mengenai konsep band.



Read more...

Brainstewz - Twinkle Away

Lagu ini merupakan ciptaan Isly Brainstewz. Melodi lagu ini amat menarik. Tetapi bagi krulez strong point lagu ini adalah dari sudut liriknya. Jika korang amati lirik ini, sure korang setuju dengan pendapat krulez. Walaupon lagu ini telah lama krulez mendengarnya, namun krulez tidak pernah lagi rasa busan atau muak. Tahniah buat pencipta lagu/lirik lagu ini. :)



lirik:
jauh minda ku melayang
terkenangkn dirimu syg
kau pergi ku tersendiri
kini kau kembali

terpaku melihat wajahmu
wajahmu melodrama hatiku
kau putuskn utk pergi dulu
terganggu siaran radio ku

ku tepis melodi hatiku
yg hadir setiap waktu
ku benci ilusi dr mu
kau diam membisu

jgn biar diri sndiri lagi
oh kaseh dgrlah rayuan ku ini
kaseh ku terhadap dirimu
kasehku~~

bintang2 di angkasa

tidakkah kau tahu
isi hatiku
usahlah tgglkan aku
seperti dahulu

jgn biar diri sndiri lagi
oh kaseh dgrlah rayuan ku ini
kaseh ku terhadap dirimu
kasehku~~

twinkle2 away..twinkle away



Read more...

Terima Kasih

>> Saturday, March 6, 2010

Dah lama xupdate blog ini, maklum la xder aktiviti selama ini.. Tapi ari ini nak kemaskini blog ini kerana da lagu baru bertajuk Terima Kasih.



Lirik:
Apa khabarmu?
agar kau tenang saja disana
menikmati hidup yang terindah
disampingnya

aku disini
masih mampu lagi kuberdiri
melawan kedukaan yg kau beri
kepadaku

terima kasih
kerna menghancuri hatiku
hingga ku tak mampu tuk kembali
ke asalnya

terima kasih
kerna meracuni cintaku
hingga ku tak mampu menyintai
insan lain..

kuharap kau bahgia selama
agar dukaku tak sia-sia.
agar airmataku bermakna
percayalah engkau takkan pernah temui
insan yang benar-benar cintai dirimu


p/s: Thanks untuk bro Haris untuk arrangement music nie..



Read more...

Info Blog

Blog ini merupakan blog rasmi Kyrul atau dikenali dulu sebagai Kruleznickzam di mana setiap lagu baru, aktiviti, luahan, perkongsian maklumat akan di pamerkan di sini. Kekerapan post adalah mengikut masa terluang penulis. Sila promosikan blog ini kepada rakan-rakan anda, agar mereka juga boleh mendengar lagu ciptaan penulis.



Ingin mendapat informasi terbaru tentang penulis? Sila add penulis di Facebook. TQ

Kyrul's Fan Box

  © KrulezNickzam 2008-2012.
Dilarang mengunakan lagu-lagu ciptaan Kyrul (atau dulu dikenali dengan nama Kruleznickzam) secara komersial tanpa keizinan pemilik.

Back to TOP